Isnin, 28 November 2011

selepas 29 hari


woo.!!!
Saya dapat pesanan ringkas pertama daripada Si Dia selepas 29 hari menghilangkan diri.

Agak teruja dengan pesanan ringkas tersebut walaupun ianya hanya bertaip : Hi, please call me back.

Pada pandangan saya yang agak rabun ini, ia membawa makna yang begitu besar.!!!

Mungkin selama 29 hari dia tak menghubungi saya,dia sebenarnya tiada kredit untuk membuat sebarang panggilan dan pesanan ringkas.

Dengan rasa berbesar hati dan murah hati, saya mendermakan kredit tanpa pengetahuan dia.
Dengan harapan dia akan menghubungi saya kembali.
Oh, tidak..!!
Harapan hanya tinggal harapan.

Sekurang-kurangnya dia masih sudi membalas pesanan ringkas saya yang agak MENYENTUH JIWA YANG LARA itu.

mood hari ini, BAHAGIA DALAM KEDUKAAN

13:41pm 28 Nov 2011



2 ulasan: