Hari ini dalam sejarah .!!!
Pertama kali setelah hampir 1 tahun memelihara haiwan aneh ini, saya melihat ia makan kulit sendiri setelah bersusah payah memisahkannya daripada bahagian kepalanya sendiri.
1 word yang dapat saya katakan disini : AMAZING !!!!
Dengan keadaan mulut yang besar, mata yang bulat merenung tajam ke arah saya, memang menakutkan jika ia terlepas keluar daripada akuarium.
Naik hairan juga, bila baca tulisan tentang haiwan ini.
Boleh dipegang dengan tangan, kata lain JINAK.
Haiwan saya pula GANAS.
Asyik ternganga mulut sampaikan ternampak seluruh isi mulutnya yang menakutkan itu.
Erm, banyak lagi yang perlu diselami mengenai haiwan aneh ini.
oPSss, terlupa.
Haiwan aneh ini selera besar tau.
Seminggu RM4 untuk makanan kegemaran CENGKERIK.
Bekalan boleh didapati dengan mudah di kedai ikan berdekatan. hehehehe.
RM2 = 30-40 ekor. kalau RM4, bukankah ianya hampir 80 ekor seminggu.!!!!
apa lagi yang haiwan aneh ini mampu lakukan yer.. akan terus saya perhatikan.
14:00 pm 28 Nov 2011
Isnin, 28 November 2011
selepas 29 hari
woo.!!!
Saya dapat pesanan ringkas pertama daripada Si Dia selepas 29 hari menghilangkan diri.
Agak teruja dengan pesanan ringkas tersebut walaupun ianya hanya bertaip : Hi, please call me back.
Pada pandangan saya yang agak rabun ini, ia membawa makna yang begitu besar.!!!
Mungkin selama 29 hari dia tak menghubungi saya,dia sebenarnya tiada kredit untuk membuat sebarang panggilan dan pesanan ringkas.
Dengan rasa berbesar hati dan murah hati, saya mendermakan kredit tanpa pengetahuan dia.
Dengan harapan dia akan menghubungi saya kembali.
Oh, tidak..!!
Harapan hanya tinggal harapan.
Sekurang-kurangnya dia masih sudi membalas pesanan ringkas saya yang agak MENYENTUH JIWA YANG LARA itu.
mood hari ini, BAHAGIA DALAM KEDUKAAN
13:41pm 28 Nov 2011


Langgan:
Ulasan (Atom)